Pemandu IndyCar meninggal dunia

Pemandu IndyCar meninggal dunia

PENNSYLVANIA, 25 Ogos (Reuters) – Pemandu IndyCar dari British, Justin Wilson meninggal dunia semalam selepas mengalami kecederaan kepala yang teruk ketika mengalami kemalangan pada pusingan penutup perlumbaan pada hari sebelumnya di Pocono Raceway di Pennsylvania, kata pegawai IndyCar. Dia berusia 37 tahun.

Wilson, bekas pemandu Formula Satu dan pemenang tujuh kali dalam perlumbaan IndyCar, berada dalam keadaan kritikal dan koma di hospital di Allentown, Pennsylvania, sebelum kematiannya.

“Ini adalah hari yang sedih bagi IndyCar dan komuniti sukan bermotor pada umumnya,” kata Mark Miles, ketua pegawai eksekutif Hulman & Co, syarikat utama IndyCar dan Indianapolis Motor Speedway dalam satu kenyataan.

“Keupayaan elit Justin untuk memandu kereta lumba disaingi oleh kebaikan, sifat dan rendah dirinya yang menjadikannya salah seorang ahli paling dihormati,” tambah Miles.

Keluarga Wilson berkata dalam kenyataan bahawa dia adalah “seorang ayah dan suami yang penyayang, begitu juga sebagai seorang pemandu yang memberikan persaingan yang dihormati oleh rakan-rakannya.”

Justin Wilson yang telah meninggal dunia akibat kemalangan teruk. – Reuters
Justin Wilson yang telah meninggal dunia akibat kemalangan teruk. – Reuters

Wilson adalah pemandu IndyCar pertama yang meninggal dunia berikutan kemalangan itu sejak Dan Whledon dari Britain yang terbunuh dalam perlanggaran di Las Vegas pada Oktober 2011.

“Kami bersimpati dengan ketiadaan Justin Wilson,” kata pasukan Andretti Autosport, Wilson dalam kenyataan.

“Dia seorang pelumba yang hebat, ahli pasukan yang bernilai dan wakil yang dihormati dalam sukan kami.

“Sementara itu Justin adalah sebahagian daripada barisan Andretti buat masa singkat, ia hanya mengambil masa sesaat baginya menjadi sebahagian dari keluarga Andretti selamanya.

“Kehidupan dan kerjaya perlumbaannya adalah cerita berkelas dan semangat yang tidak dapat diatasi. Doa dan harapan kami bersama keluarga Wilson dan peminat–peminat seluruh dunia.”