Pemandu Israel cedera ditembak

Pemandu Israel cedera ditembak

BAITULMUQADDIS, 10 Julai – Seorang lelaki Israel telah ditembak dan mengalami kecederaan ketika memandu kenderaannya berhampiran penempatan Tekoa di Tebing Barat, menurut jurucakap tentera.

Askar-askar menjalankan pencarian ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki di kawasan itu dan mengawal ketat dua buah kawasan Palestin berhampiran tempat penembakan yang berlaku lewat kelmarin, menurut jurucakap.

Tekoa, selatan Baitul-muqaddis, terletak dalam rantau Hebron telah menjadi salah satu tumpuan utama bagi gelombang pergolakan maut yang menggoncang wilayah Palestin dan Israel, sejak Oktober lalu.

Seramai 214 warga Palestin, 34 Israel, dua Amerika, seorang Eritrea dan Sudan telah terkorban di kawasan tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA