Pemandu maut, kereta berisi bom meletup di Berlin

Pemandu maut, kereta berisi bom meletup di Berlin

BERLIN, 15 Mac (AFP) – Sebuah kereta berisi bom membunuh seorang pemandu yang membuat perjalanan ke jalan tengah Berlin hari ini, kata polis, ketika para penyiasat mensyaki bahawa ia sepertinya satu kes homisid.

Letupan yang berpunca daripada alat letupan ‘dalam atau atas kenderaan’ berlaku semasa lalu lintas sibuk di Bismarckstrasse, berhampiran monumen Victory Column, mengakibatkan hadapan kereta rosak teruk selepas ia terbalik, sementara serpihan kereta tersebut bertaburan beberapa meter jauhnya.

Tidak ada yang kecederaan lain dilaporkan, walaupun kereta itu menghentam ke kenderaan yang diparkirkan.

“Identiti mangsa masih tidak jelas,” jurucakap polis, Michael Merkle memberitahu N24.

Polis memeriksa tempat kejadian kereta Volkswagen yang musnah dalam Bismarckstrasse di Berlin, Jerman pada 15 Mac. – AFP
Polis memeriksa tempat kejadian kereta Volkswagen yang musnah dalam Bismarckstrasse di Berlin, Jerman pada 15 Mac. – AFP

“Kami percaya ini adalah kes homisid,” jurucakap pejabat pendakwa Martin Steltner memberitahu akhbar harian Tagesspiegel.

Kereta wagon Volkswagen menuju ke perbandaran apabila ia meletup dan melanggar dekat dengan pintu masuk jalan bawah tanah ke stesen Deutsche Oper, di hadapan salah sebuah tiga dewan opera Berlin.