Pemandu maut lori tangki terbalik

Pemandu maut lori tangki terbalik

KUNAK, 8 Jan (Bernama) – Seorang pemandu lori tangki maut selepas lori berisi muatan minyak sawit yang dipandunya dipercayai terbabas ketika menuruni bukit dan terbalik di Km 51 Jalan Kunak-Tungku, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.03 pagi itu, mangsa Roslan Abu Saka, 33 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Nicholas Melvin Jaikul berkata sejurus menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Sebuah lori tangki yang membawa minyak kelapa sawit, terbalik di KM 51 Jalan Kunak-Tungku, mengorbankan nyawa pemandunya. – Bernama
Sebuah lori tangki yang membawa minyak kelapa sawit, terbalik di KM 51 Jalan Kunak-Tungku, mengorbankan nyawa pemandunya. – Bernama

“Seorang lagi penumpang lori berkenaan yang dikenali sebagai Mat Fadzil Mohd Ali, 24 mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Kunak oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata lori terbabit dalam perjalanan ke jalan utama iaitu Jalan Tingkayu-Kunak di sini, semasa kemalangan berlaku.