Pemandu pengebom berani mati IS ditahan

Pemandu pengebom berani mati IS ditahan

BANDAR KUWAIT, 28 Jun (AFP) – Polis Kuwait telah menangkap pemandu yang membawa pengebom berani mati ke sebuah masjid Syiah, di mana dia meletupkan dirinya, membunuh 26 orang dan mencederakan 227 yang lain dalam satu serangan yang diakui oleh kumpulan militan Negara Islam (IS), menurut agensi berita KUNA.

Pihak berkuasa juga menahan pemilik rumah di mana pengebom itu tinggal, seorang warga Kuwait yang melanggan kepada “ideologi fundamental dan sesat”, agensi tersebut berkata, dipetik dari satu keterangan daripada Kementerian Dalam.

Pemandu tersebut bernama Abdulrahman Sabah Eidan Saud, telah dijelaskan sebagai “penduduk haram” lahir pada 1989, yang membawa pengebom ke masjid Al-Imam Al-Sadeq di bandar Kuwait pada Jumaat lepas, menurut KUNA.

Pengebom telah bersembunyi di sebuah rumah di daerah Al-Rigga di bandar selatan pentadbiran Gabenor Al-Ahmadi.

Pihak berkuasa akan “meneruskan usaha untuk membongkar konspirator dalam jenayah ini dan akan mendedahkan segala informasi dan kegiatan di belakangnya,” menurut kementerian berkenaan.

Gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam menunjukkan gambar pemandu Abdulrahman Sabah Eidan Saud yang membawa pengebom berani mati ke masjid Al-Imam Al-Sadeq. – AFP
Gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam menunjukkan gambar pemandu Abdulrahman Sabah Eidan Saud yang membawa pengebom berani mati ke masjid Al-Imam Al-Sadeq. – AFP

Ribuan rakyat Kuwait kelmarin menghadiri upacara pengebumian 18 orang mangsa yang terbunuh dalam serangan itu, pertama yang didakwa oleh ahli jihad IS di rantau teluk kecil tersebut.

Sementara mayat lapan mangsa yang lain diterbangkan ke bandar suci Syiah Najaf di Iraq untuk pengebumian, Menteri Negara untuk Hal Ehwal Kabinet Sheikh Mohammad Abdullah Al-Sabah berkata.

Jumlah orang yang berkabung berada dalam jumlah yang ramai kelmarin walaupun pada siang hari Ramadan dan suhu mencecah 45 degree Celsius.

Kumpulan IS juga mendakwa mereka bertanggungjawab atas serangan membunuh 38 orang di pantai pelancongan di Tunisia pada Jumaat.