Pemandu Tesla maut ketika guna mode ‘autopilot’

Pemandu Tesla maut ketika guna mode ‘autopilot’

WASHINGTON, 1 Julai (AFP) – Tesla semalam mengesahkan seorang pemandu terbunuh ketika menggunakan mekanisme pandu sendiri atau ‘autopilot’ Tesla pada kereta elektrik Model S, yang menjuruskan penyiasatan keselamatan persekutuan AS.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) berkata ia telah memulakan ‘penilaian awal’ ke atas prestasi ‘autopilot’ selepas syarikat kereta elektrik memaklumkan agensi itu tentang kemalangan maut di Florida Mei lalu.

Dalam satu kenyataan, Tesla berkata kecelakaan itu adalah ‘kehilangan tragik’ dan adalah insiden pertama seumpamanya dengan sistem Autopilot diaktifkan.

“Ini merupakan kematian pertama yang diketahui dalam jarak lebih 209 juta kilometer ketika ‘autopilot’ diaktifkan,” menurut syarikat itu. “Antara kesemua kenderaan di AS, berlaku kematian setiap 94 juta batu. Di seluruh dunia kematian berlaku kira-kira setiap 60 juta batu,” menurutnya lagi.

“Adalah penting untuk menekankan bahawa tindakan NHTSA adalah hanya penilaian awal untuk menentukan sama ada sistem berfungsi mengikut jangkaan.”

Kereta elektrik Model S Tesla. Seorang pemandu terbunuh ketika meng-gunakan mode ‘autopilot’ Model S Tesla menyebabkan NHTSA melakukan siasatan. – AFP
Kereta elektrik Model S Tesla. Seorang pemandu terbunuh ketika meng-gunakan mode ‘autopilot’ Model S Tesla menyebabkan NHTSA melakukan siasatan. – AFP

Pengarah perhubungan NHTSA Bryan Thomas berkata dalam siaran bahawa agensi itu telah mengerahkan pasukan khas ke tempat kemalangan dan memulakan ‘penyiasatan kecacatan’ yang menumpu pada sistem pemanduan automatik.

Laporan awal menyatakan bahawa kemalangan berlaku apabila treler-traktor melakukan pusingan kiri di hadapan Tesla pada satu persimpangan, menurut Thomas.

Menurut Tesla, kereta itu berada di lebuh raya berbahagi apabila treler-traktor itu dipandu seberang jalan untuk selari dengan Tesla. NHTSA dalam siasatannya mengatakan terlalu awal untuk menentukan sama ada kecacatan wujud atau berperanan dalam sebahagian kemalangan.

Tesla yang terkenal dengan kereta elektrik berkualiti, telah memperkenalkan sistem itu tahun lalu, yang membolehkan kenderaan secara automatik bertukar laluan, mengendali kelajuan malah mengendalikan brek. Sistem itu diaktifkan atau tidak oleh pemandu.

ARTIKEL YANG SAMA