Pemandu treler rempuh pengadang jalan

Pemandu treler rempuh pengadang jalan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Seorang lelaki warga asing bernasib baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan apabila treler yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pengadang besi di lebuh raya menuju ke Kampung Madang.

Polis Diraja Brunei menerima laporan kecemasan pada jam 6:15 pagi dan bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat kejadian itu dan mengawal lalu lintas.

Menurut saksi, pengadang besi dan lampu jalan rosak teruk selepas dirempuh treler itu sejurus jam 6 pagi.

Polis bagaimanapun masih menyiasat punca kemalangan.

Anggota polis kelihatan mengawasi lalu lintas di mana treler itu merempuh pengadang jalan.
Anggota polis kelihatan mengawasi lalu lintas di mana treler itu merempuh pengadang jalan.

ARTIKEL YANG SAMA