Pemandu Uber kena belasah

Pemandu Uber kena belasah

SAO PAULO, 11 Ogos – Seorang pemandu Uber di ibu negeri kewangan Sao Paulo di Brazil memberikan respons kepada satu panggilan, setelah itu hanya mendapati dirinya diserang hendap oleh sekumpulan pemandu teksi biasa, menurut laporan semalam.

Akhbar harian Folha memetik lelaki itu sebagai berkata bahawa beliau memberikan respons kepada panggilan kelapan yang diterimanya pada malam Sabtu lepas, apabila sebaliknya tiada pelanggan diperolehnya tetapi terpaksa berdepan dengan pesaing dalam keadaan berang.

Dihalang oleh 20 pemandu teksi, beliau cuba untuk berundur, tetapi dipaksa memasuki sebuah tekis dan dipukul ketika dibawa menaiki teksi di sekitar Sao Paulo selama setengah jam, kata lelaki itu, yang tidak disebutkan namanya.

Antonio dos Santos, presiden kesatuan teksi bandar Simtetaxis, berkata salah seorang penyerang sudah dikenal pasti. – AFP