Pemangku Pemerintah ABDB terima kunjungan

Pemangku Pemerintah ABDB terima kunjungan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Wakil Kepala Badan Inteligen Strategis, Tentera Nasional Indonesia (WAKABAIS TNI), Yang Terhormat Marsekal Pertama TNI Supomo dan delegasi.

Yang Terhormat Marsekal Pertama TNI Supomo dan delegasi berada di Negara Brunei Darussalam selama tiga hari bermula kelmarin hingga esok (9 Jun) sempena Mesyuarat Pertukaran Perisikan Dua Hala (INTELEX) yang dihoskan oleh Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, kunjungan tersebut merupakan salah satu usaha ke arah meningkatkan lagi persefahaman dalam hubungan ketenteraan serta kerjasama yang erat di antara kedua-dua buah angkatan tentera melalui pelbagai platform termasuk latihan ketenteraan bersama, pertukaran perisikan, penghantaran kursus dan latihan serta pertukaran anggota.

Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz (5 kiri) bergambar ramai bersama Yang Terhormat Marsekal Pertama TNI Supomo dan delegasi.
Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz (5 kiri) bergambar ramai bersama Yang Terhormat Marsekal Pertama TNI Supomo dan delegasi.

ARTIKEL YANG SAMA