Pemangku Pengarah Penjara terima Pingat Bakti Setia

Pemangku Pengarah Penjara terima Pingat Bakti Setia

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Pemangku Pengarah Jabatan Penjara Brunei Darussalam, Haji Ismail bin Haji Murat adalah antara 22 orang individu yang menerima Pingat Bakti Setia, pengiktirafan tertinggi Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penjara atas khidmat bakti mereka dalam pemulihan penghuni pada Majlis Penyampaian Pingat Bakti Setia di Kuching, Sarawak.

Majlis yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak, bersempena Sambutan Hari Penjara Malaysia ke-226 berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis itu juga menyaksikan penganugerahan Pangkat Kehormat kepada empat orang individu penting yang membantu dalam pelaksanaan program-program pemulihan serta Sijil Penghargaan kepada badan bukan kerajaan (NGO’s) yang sentiasa terlibat dalam program-program pemulihan penghuni di seluruh institusi Penjara Sarawak.

Haji Ismail antara 22 individu yang menerima Pingat Bakti Setia, pengiktirafan tertinggi Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penjara atas khidmat bakti mereka dalam pemulihan penghuni pada Majlis Penyampaian Pingat Bakti Setia di Kuching, Sarawak.

Peneraju Perkhidmatan Korektif’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Penjara ke-226 selaras dengan visi baru Jabatan Penjara yang membawa pengertian tentang usaha bersungguh jabatan dalam memastikan program pemulihan yang efektif kepada banduan agar mereka mampu pulih sepenuhnya, boleh berdikari selepas dibebaskan dan tidak kembali mengulangi melakukan kesalahan jenayah.