Pemangku PM Georgia dicalonkan sebagai PM

Pemangku PM Georgia dicalonkan sebagai PM

TBILISI, 25 Dis (AFP) – Pemerintahan gabungan Georgia hari ini mencalonkan pemangku perdana menteri Giorgi Kvirikashvili sebagai ketua baru kerajaan selepas peletakan jawatan mengejutkan Irakli Garibashvili yang berusia 33 tahun.

Gabungan itu ‘bersetuju untuk mencalonkan Giorgi Kvirikashvili bagi jawatan perdana menteri,” kata ketua kumpulan majoriti parlimen gabungan Georgian Dream, penggubal undang-undang Zviad Kvachantiradze, dalam kenyataan televisyen.

Kvirikashvili juga berkhidmat sebagai menteri luar negeri sejak September.

Presiden Giorgi Margve-lashvili akan secara rasminya menyerahkan pencalonan Kvirikashvili kepada parlimen.

Gambar fail 21 Mei 2015 menunjukkan Perdana Menteri Georgia, Irakli Garibashvili ketika tiba di Riga bagi Sidang Kemuncak Kerjasama. – AFP
Gambar fail 21 Mei 2015 menunjukkan Perdana Menteri Georgia, Irakli Garibashvili ketika tiba di Riga bagi Sidang Kemuncak Kerjasama. – AFP

Bakal perdana menteri itu kemudian akan mencalonkan kabinet baru yang akan disahkan oleh ahli perundangan.

Garibashvili meletak jawatan pada Rabu selepas hanya dua tahun menjawat jawatan itu tanpa menjelaskan keputusannya.

Pembangkang ahli politik mengatakan usaha gabungan untuk mengalihkan kehilangan kepopularan di tengah-tengah pergolakan ekonomi menjelang pilihan raya parlimen yang ditetapkan pada Oktober 2016.

Naib perdana menteri Kvirikashvili, 48, adalah sekutu rapat bekas perdana menteri dan jutawan taikun Bidzina Ivanishvili.

Dia mengetuai bank Cartu Ivanishvili dari 2006 sehingga pelantikannya sebagai menteri ekonomi pada 2013.