Pemanjat menara diberkas

Pemanjat menara diberkas

NEW YORK, 11 Ogos – Seorang lelaki yang mahukan jadi ‘tontonan’ Donald Trump menghabiskan masa tiga jam memanjat muka bangunan kaca Menara Trump semalam dengan menggunakan cawan sedutan besar, memanjat setinggi 21 tingkat sebelum pegawai polis menangkapnya dan membawanya keluar daripada tingkap yang terbuka.

Pemanjat yang dikenal pasti polis sebagai seorang lelaki Virginia berusia 20 tahun, memakai beg dan menggunakan kelengkapan seperti tali untuk mengikat dirinya ke tepi bangunan pencakar langit Manhattan setinggi 68 tingkat itu.

Para anggota mengambil masa yang lama untuk menangkap pendaki itu dengan memecahkan tingkap dan menyekatnya dari memanjat bangunan itu lebih tinggi.

Para anggota juga menggunakan platform pembersih tingkap untuk menangkapnya.

Seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mendaki Menara Trump semalam. Para anggota mengambil masa yang lama untuk menangkap pendaki itu dengan memecahkan tingkap dan menyekatnya dari mendaki bangunan itu lebih tinggi. – AFP
Seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mendaki Menara Trump semalam. Para anggota mengambil masa yang lama untuk menangkap pendaki itu dengan memecahkan tingkap dan menyekatnya dari mendaki bangunan itu lebih tinggi. – AFP

Lelaki itu dengan secara teratur telah memanjat bangunan itu dengan menggunakan kelengkapan yang menyerupai sejenis bahan yang biasa digunakan oleh pekerja untuk membersihkan tingkap.

Aksi kejar mengejar pihak keselamatan dengan pendaki itu berakhir sehingga mencecah pukul 6:30 petang.

Tatkala orang ramai menyaksikan insiden itu dari bawah bangunan, dua pegawai penyelamat bersandar jauh daripada tingkap dalam usaha untuk menangkap pemanjat bangunan tersebut.

“Saya berjaya menariknya. Saya memegang tangannya dan berkata, ‘Tuan, anda akan datang dengan saya,” kata detektif Christopher Williams. – AP