Pembakaran gading besar-besaran

Pembakaran gading besar-besaran

NAIROBI, 1 Mei (AFP) – Sebelas timbunan besar gading gajah dibakar semalam ketika Kenya membakar simpanan besar gadingnya dalam gerak isyarat yang bertujuan mengejutkan dunia supaya berhenti membunuh gajah.

Kepulan besar asap putih menjulang naik ke ruang udara ketika api marak, yang dimarakkan oleh beribu-ribu liter minyak diesel dan minyak tanah disalurkan melalui paip besi.

Dalam pembakaran di taman negara Nairobi, Presiden Kenya Uhuru Kenyatta menuntut pengharaman sepenuhnya ke atas dagangan gading gajah untuk menamatkan penyeludupan ‘yang suka membunuh’ dan mencegah kepupusan gajah yang hidup liar.

“Ketinggian timbunan gading di hadapan kami menandakan kuatnya azam kami.” Kata Kenyatta, sebelum merodok obor api ke arah timbunan gading itu.

“Tidak sesiapa pun dan saya ulangi, tidak sesiapa pun, mempunyai sebarang perniagaan dalam dagangan gading, bagi perdagangan ini bererti mati bagi gajah-gajah kita dan mati bagi warisan semula jadi kita.”

Pembakaran gading secara besar-besaran yang dilakukan di taman negara Nairobi, Kenya. – AFP
Pembakaran gading secara besar-besaran yang dilakukan di taman negara Nairobi, Kenya. – AFP

Gading itu dijangka akan terbakar selama beberapa hari.

Jumaat lalu Kenyatta mengetuai mesyuarat para pemimpin negara AS dan para penyokong pemuliharaan yang mendesak bagi pengharaman sepenuhnya.

“Kami tidak akan menjadi orang Afrika yang berdiam diri ketika kami kehilangan gajah-gajah kami,” beliau memberitahu rundingan dalam ucaptama. Unggun api adalah pembakaran terbesar gading gajah yang mengandungi 105 tan dari ribuan gajah yang mati, tujuh kali ganda lebih besar dari sebarang timbunan yang dibakar sebelumnya.

1.35 tan lagi tanduk badak sumbu juga dibakar, yang memperlihatkan pembunuhan kira-kira 340 binatang terancam.

Presiden Ali Bongo dari Gabon yang menyalahkan salah satu timbunan, bercakap tentang ‘pembunuhan beramai-ramai’ gajah hutan di tengah Afrika dan berkata beliau menyokong langkah untuk menghentikan penjualan semua gading gajah.

“Melainkan kita mengambil tindakan sekarang, atau kita kehilangan binatang mengagumkan ini,” Bongo berkata pada satu majlis, dengan memberitahu para pemburu beliau ‘akan menyingkirkan kamu dari perniagaan ini, dengan itu perkara terbaik yang boleh kamu lakukan ialah bersara sekarang.”