Pembangkang Hong Kong pemusnah demokrasi

Pembangkang Hong Kong pemusnah demokrasi

HONG KONG, 19 Jun (Agensi) – Media China mengecam ahli parlimen pembangkang pro-demokrasi Hong Kong pada hari ini kerana menjadi “pemusnah” perkembangan demokratik sehari selepas mereka menolak rangka tindakan pilihan raya Beijing untuk bekas jajahan Britain itu.

Akhbar Parti Komunis China menerbitkan satu editorial yang mengesali pengundian dan menuduh kumpulan pro-demokrasi sebagai “mementingkan diri sendiri” dan tidak menghiraukan pendapat awam dalam menolak cadangan pemilihan kerajaan.

“Tindakan pihak pembangkang menunjukkan mereka adalah pemusnah proses pemajuan demokratik Hong Kong,” kata akhbar People’s Daily.

Kerajaan Hong Kong telah mencadangkan untuk membenarkan pengundi di pusat kewangan Asia supaya memilih pemimpin bandar untuk kali pertama dalam 2017 asalkan calon diperiksa oleh panel elit pro-Beijing.

Berpuluh ribu orang membanjiri jalan raya pada tahun lalu untuk membantah rancangan tersebut, yang digelar mereka sebagai “demokrasi palsu,” dan menuntut pilihan calon yang asli.

Cadangan ditolak semalam disebabkan kerajaan Hong Kong tidak dapat mengumpul sokongan yang cukup daripada ahli parlimen pro-demokrasi, yang telah berpegang kepada janji mereka untuk mengundi menentangnya.

Editorial The People’s Daily berkata ahli parlimen pro-demokrasi sepatutnya “bertanggungjawab sepenuhnya” kerana menyekat cadangan itu tetapi tidak menyebut kesilapan memalukan oleh ahli parlimen yang meninggalkan kebanyakan mereka gagal mengundi untuk menyokong cadangan tersebut.

Seramai 33 ahli parlimen pro-demokrasi mengambil ruang iklan setengah halaman akhbar untuk “meminta maaf” kerana keluar saat-saat sebelum pengundian dalam satu percubaan untuk menghalang kuorum daripada dicapai.

Mereka berkata mereka mahu lebih banyak masa untuk penduduk tua, anggota uzur kembali membuang undi. Namun beberapa orang lain masih berada di dalam disebabkan salah komunikasi, membenarkan pengundian diteruskan.

ARTIKEL YANG SAMA