Pembangkang ikrar bina ‘bandar mega’

Pembangkang ikrar bina ‘bandar mega’

ISTANBUL, 21 Mei – Parti pembangkang utama Turki hari ini mendedahkan satu rancangan untuk membina sebuah bandar mega baru di tengah-tengah negara itu, dalam satu bidaan untuk mengatasi projek infrastruktur hebat parti pemerintah menjelang pilihan raya.

Mencuba untuk tidak diatasi oleh ‘projek gila’ Presiden Recep Tayyip Erdogan, Parti Rakyat Republik (CHP) mengatakan bandar baru itu akan mewujudkan 2.2 juta pekerjaan baru dua dekad akan datang.

“Projek itu akan memberi tekanan hebat kepada ekonomi Turki dan akan menjadikan negara kita pelaku ekonomi dalam rantau itu yang tidak boleh diendahkan,” kata ketua CHP, Kemal Kilicdaroglu di Istanbul.

Menurutnya, bandar baru itu akan memuatkan sekitar tiga juta penghuni dan boleh berfungsi secepatnya menjelang 2020.

Di persimpangan antara Eropah dan Asia, bandar itu akan menjadi ‘projek negara’, kata Kilicdaroglu.

Untuk merealisasikan projek itu, sekitar $160 bilion dalam pelaburan Turki dan asing akan diperlukan sepanjang 20 tahun akan datang, tambahnya.

Kilicdaroglu tidak memberi lokasi tepat bandar baru itu namun mengatakan ia akan terletak pada nadi Turki iaitu Anatolia, timur Ankara. – AFP