Pembangkang Kamboja gagal hadiri parlimen

Pembangkang Kamboja gagal hadiri parlimen

PHNOM PENH, Kamboja, 7 Okt – Parti pembangkang Kamboja tanpa diduga telah gagal menghadiri pembukaan semula parlimen hari ini, mengembalikan harapan kedamaian sementara politik dengan kerajaan Perdana Menteri Hun Sen.

Para anggota Parti Penyelamat Kebangsaan Kamboja merasakan mereka di bawah ancaman ugutan fizikal, menurut jurucakap Yim Sovann, dan memberitahu bahawa sebilangan ahli parlimen sebelumnya pernah dipukul oleh perusuh pro kerajaan.

Seorang jurucakap parti memerintah, Parti Rakyat Kamboja menafikan sebarang ancaman telah wujud, dengan menyifatkan tindakan pihak pembangkang sebagai muslihat politik.

Pihak pembangkang sebelum ini berkata ia akan menyertai semula sesi parlimen selepas gerak isyarat berdamai oleh kedua belah pihak.

Parti itu berhenti menghadiri sesi parlimen kira-kira empat bulan lalu selepas para ahli parlimen parti memerintah melucutkan kekebalan sah beberapa ahli parlimen pembangkang.

Hun Sen semasa mendaftar namanya di hadapan sesi Parlimen, di Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP
Hun Sen semasa mendaftar namanya di hadapan sesi Parlimen, di Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP

Pihak pembangkang mengatakan tindakan undang-undang sudah biasa dengan gangguan tidak adil anggota-anggotanya.

Para pengkritik berkata Hun Sen memanipulasi mahkamah untuk melemahkan peluang pihak pembangkang dalam pilihan raya tempatan tahun depan dan pilihan raya umum 2018.

Pihak pembangkang telah memperlihatkan kemantapannya yang tidak dijangkakan dalam pilihan raya umum 2013, yang didakwa oleh pengkritik kemenangan itu adalah diperolehi dari penipuan.

Pada sidang media, Yim Sovann berkata pihak pembangkang percaya kerajaan berusaha mengaitkannya dengan bantahan yang dirancang di Australia terhadap anak lelaki tertua Perdana Menteri Hun Sen, Hun Manet. Dia menafikan sebarang kaitan tetapi berkata dia bimbang kerajaan akan melakukan tindak balas terhadap parti itu.

“Kami bukan memulaukan, tetapi kami ingin menilai jika persekitaran politik adalah baik, kemudian akan menyertainya, tetapi jika tidak kami akan mengekalkan hak kami untuk tidak hadir,” katanya. Dengan mendakwa parti itu tidak memulaukan, dia nampaknya memberi ruang bagi kesepakatan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA