Pembangkang Kedah sokong Mukhriz 

Pembangkang Kedah sokong Mukhriz 

ALOR SETAR, 2 Feb –  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Kedah mahu Dewan Undangan Negeri mengadakan pertemuan bagi memutuskan kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut laporan akhbar The Star, Beberapa jam sebelum mereka dijadual bertemu kerana dipanggil Jemaah Pemangku Raja, 15 Adun itu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang di negeri itu perlu dihormati dan penjawat kanan ditentukan oleh DUN. “Kami memuji istana kerana memanggil kami untuk mendapatkan pandangan kami. Jemaah itu menegakkan prinsip demokrasi dan hak rakyat,” ujar mereka. Pada Isnin (1 Feb), Jemaah tersebut, selepas mengadakan pertemuan dengan Adun darpada Barisan Nasional (BN), memanggil Adun pembangkang itu ke satu mesyuarat di Wisma Darul Aman pada 2 petang Selasa.

Difahamkan tiada kata sepakat semasa pertemuan antara Jemaah itu dan Adun BN.

Pembangkang terdiri daripada lapan Adun Parti Islam SeMalaysia (PAS), empat daripada Pakatan Rakyat (PKR), dua Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan satu daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

pg13_160203_a

ARTIKEL YANG SAMA