Pembangkang M’sia dakwa didera polis

Pembangkang M’sia dakwa didera polis

KUALA LUMPUR, 3 Mei (AFP) – Seorang tokoh pembangkang Malaysia berkata hari ini beliau telah didera oleh polis selepas mereka menahannya tanpa memberi sebarang alasan.

Chua Tian Chang, lebih dikenali sebagai Tian Chua, memberitahu AFP polis menghentikan keretanya di sebatang lebuh raya di utara Pulau Pinang lewat semalam ketika beliau sedang dalam perjalanan ke pejabat partinya selepas bercakap pada satu rapat politik.

“Saya bertanya mereka kenapa mereka ingin menahan saya dan nama pegawai yang bertugas nama mereka hanya mengheret saya keluar dengan keras dan menolak saya ke dalam kereta polis dan mereka mula memukul saya di belakang kepala,” kata Chua, yang merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat.

“Salah seorang di antara mereka menarik rambut saya dan memaksa saya ke dalam kereta polis dan seorang lagi menampar saya di dalam kereta,” tambah penggubal undang-undang pembangkang itu. Chua berkata beliau dibawa ke balai polis berhampiran dan kemudian dipindah ke sebuah lagi stesen di Kuala Lumpur.

“Ia tidak masuk akal. Penahanan boleh dilakukan dalam cara yang sopan,” kata lelaki berusia 51 tahun itu. Polis tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.