Pembangkang Rusia tamatkan mogok lapar

Pembangkang Rusia tamatkan mogok lapar

MOSCOW, 9 Ogos (dpa) – Anggota politik pembangkang di barat daya Siberia menamatkan mogok lapar semalam yang dilancarkan bagi membantah pengecualian parti mereka dalam pilihan raya tempatan pada 13 September depan.

Lima minggu sebelum para pengundi bersedia untuk membuang udi, pemimpin Parti Pembebasan Rakyat di Novosibirsk, Leonid Volkov, berkata desakan pembangkang bagi kajian semula terbaru tidak dipenuhi tetapi mogok itu sekurang-kurangnya sudah menarik perhatian.

Suruhanjaya pilihan raya di Novosibirsk, yang terletak 3,300 kilometer di timur Moscow, menolak pendaftaran pengundian parti itu pada akhir Julai, dengan memberi alasan wujudnya lebih 1,300 tanda tangan palsu ke atas petisyen yang parti kemukakan bagi penyertaannya dalam pilihan raya.

Beberapa anggota politik tempatan kemudiannya mengadakan mogok lapar.

Salah seorang aktivis kemudian dikejarkan ke hospital selepas 12 hari kerana enggan makan, menyebabkan para pemimpin parti lain membatalkan mogok berkenaan.

Boris Nemtsov, pengkritik tetap Presiden Vladimir Putin yang pembunuhannya pada Februari di atas sebuah jambatan berhampiran Kremlin mencetuskan kemarahan antarabangsa, adalah anggota parti Pembebasan Rakyat.

Seperti pemimpin pembangkang liberal dan pro-Barat lain, Nemtsov merupakan pengkritik lantang dasar Rusia di Ukraine, sambil menuduh Putin melancarkan perang yang tidak diisytiharkan dengan jiran Rusia dengan menghantar tentera dan senjata untuk menyokong kumpulan pemisah di timur negara berkenaan.

Pembangkang Rusia kebanyakannya mengetepikan Putin sejak beliau kembali memegang jawatan presiden pada 2012 selepas empat tahun berkhidmat sebagai perdana menteri.