Pembangkang Syria sertai rundingan damai pada 14 Mac

Pembangkang Syria sertai rundingan damai pada 14 Mac

BEIRUT, 11 Mac (AFP) – Badan pembangkang utama Syria, Jawatankuasa Rundingan Tertinggi mengatakan hari ini yang ia akan menghadiri rundingan damai tidak langsung dengan kerajaan di Geneva pada 14 Mac.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada para wartawan, HNC mengatakan ia akan menyertai dalam rundingan itu sebagai sebahagian daripada ‘komitmennya kepada usaha antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah dan mencari penyelesaian politik’.

Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Staffan de Mistura mengatakan rundingan ‘substantif’ akan bermula pada 14 Mac di bandar Switzerland dan tidak akan berakhir lebih daripada 10 hari.

Sumber dekat dengan kerajaan Syria mengesahkan awal minggu ini bahawa delegasinya akan hadir.

ARTIKEL YANG SAMA