Pembangkang Syria tiba di Geneva

Pembangkang Syria tiba di Geneva

GENEVA/AMMAN, 31 Jan – Sebuah delegasi dari kumpulan pembangkang utama Syria tiba di Geneva semalam untuk menyertai rundingan damai yang mana PBB menjadi perantaranya, dengan menuntut kerajaan Bashar Al-Assad digesa mematuhi resolusi PBB berhubung bantuan kemanusiaan dan hak asasi kemanusiaan.

“Kami ingin sekali menjadikan rundingan ini yang berjaya,” jurucakap pembangkang Sali mal-Muslat memberitahu para pemberita ketika delegasi tiba dari Riyadh, yang menamatkan ketidakpastian berminggu-minggu tentang sama ada mereka akan datang dan rundingan akan berlangsung.

Pasukan dengan 17 orang anggota dari Jawatankuasa Tertinggi Rundingan(HNC) yang disokong Arab Saudi termasuklah penentang-penentang militan dan politik Assad dalam perang saudara 5 tahun, dijangka akan mengadakan rundingan pertama dengan pihak perantara PBB, Staffan de Mistura hari ini, dengan menetapkan rundingan damai pertama dalam tempoh dua tahun. Muslat berkata HNC menggesa bagi pelaksanaan resolusi PBB dengan menuntut semua pihak diberikan laluan bagi bantuan, membebaskan tahanan, menamatkan pengepungan dan berhenti mensasarkan kawasan awam. Itu bukanlah syarat awal bagi rundingan, ujarnya, tetapi itu adalah tugas anggota Majlis Keselamatan yang telah menyetujui resolusi bulan lalu, termasuklah sekutu utama Syria, iaitu Rusia, yang menyokong pasukan Assad dengna kempen pengeboman.

Serangan udara Rusia ke atas Syria telah mengorbankan hampir 1,400 orang awam, sejak Moscow memulakan kempen udaranya hampir empat bulan lalu, menurut Balai Cerap Syria bagi hak asasi kemanusiaan, sebuah kumpulan peninjau semalam.

“Kami akan ke Geneva untuk menguji keseriusan masyarakat antarabangsa dalam janjinya kepada rakyat Syria ,dan juga untuk menguji keseriusan rejim dalam melaksanakan obligasi kemanusiaannya,” jurucakap HNC Riyad Naasan Agha berkata. – Reuters