Pembangkang tolak tawaran Park

Pembangkang tolak tawaran Park

SEOUL, 9 Nov – Parti pembangkang Korea Selatan hari ini menolak tawaran Presiden Park Geun-Hye untuk berkongsi kuasa bertujuan mengatasi krisis, meminta penubuhan kerajaan sementara.

Dalam langkah mengalah yang dicetuskan oleh skandal rasuah, Park telah bersetuju untuk membuang calon perdana menteri beliau, dan menerima seorang yang dipilih oleh parlimen yang dikawal pembangkang.

Namun parti pembangkang berkata tawaran Park adalah terlalu “kabur,” menggesa beliau supaya menjamin perdana menteri baru akan diberikan kebebasan penuh dalam memilih menteri kabinet, mengendali hal ehwal negara dan berfungsi tanpa campur tangan. “Ia tidak berbaloi untuk dipertimbangkan,” kata tiga parti pembangkang negara dalam kenyataan akhbar bersama. Park telah menerima tekanan yang meningkat untuk meletak jawatan disebabkan skandal yang membabitkan seorang kawan rapat, Choi Soon-Sil, yang ditahan atas dakwaan menipu dan menyalahgunakan kuasa.

Dakwaan berhubung tuduhan mengatakan Choi menggunakan hubungan peribadinya dengan Park untuk memaksa sumbangan daripada syarikat besar seperti Samsung kepada yayasan bukan keuntungan yang ditubuhkannya dan digunakan untuk faedah peribadi.

Beliau juga dituduh campur tangan dalam hal ehwal kerajaan, termasuk dalam pelantikan pegawai kanan. Laporan menggemparkan tentang pengaruh tidak sihat Choi ke atas Park telah menyebabkan pemeringkatan kepopularan presiden menjunam kepada rekod rendah dan mencetuskan bantahan jalan yang meminta beliau meletak jawatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA