Pembangkang Venezuela hancurkan Sosialis

Pembangkang Venezuela hancurkan Sosialis

CARACAS, 7 Dis – Pemimpin pembangkang begitu gembira hari ini untuk menggunakan majoriti baru mereka dalam perundangan Venezuela bagi membebaskan penentang yang dipenjarakan oleh kerajaan Sosialis namun berjanji tidak akan membubarkan dasar kebajikan popular kerajaan sebelumnya.

Pakatan Perpaduan Demokratik pembangkang menang lebih daripada dua kali ganda kerusi Dewan Perundangan berbanding Sosialis dalam pilihan raya pada Ahad lalu yang menghukum kerajaan Presiden Nicolas Maduro bagi krisis ekonomi mendalam negara itu.

“Ia merupakan kali pertama dalam 16 tahun yang pergerakan ‘Chavismo,’ sempena bekas presiden Sosialis Hugo Chavez kehilangan majoritinya dalam dewan perhimpunan 167 anggota itu, dan memberikan pembangkang satu platform untuk menghakis kuasa Maduro dalam negara OPEC itu.

Presiden berusia 53 tahun itu yang dipilih sendiri oleh Chavez namun kekurangan karisma dan helah politik, segera menerima kekalahan dalam satu ucapan kepada negara yang menenangkan kebimbangan keganasan.

Lilian Tintori (tengah-kiri), isteri ketua pembangkang Venezuela yang dipenjarakan, Leopoldo Lopez, me-raikan bersama calon parti pakatan pembangkang Venezuela semasa sidang media mengenai pilihan raya di Caracas hari ini. Pakatan pembangkang Venezuela menang penguasaan ke atas dewan perun-dangan daripada parti Sosialis buat kali pertama dalam 16 tahun hari ini. - Reuters
Lilian Tintori (tengah-kiri), isteri ketua pembangkang Venezuela yang dipenjarakan, Leopoldo Lopez, me-raikan bersama calon parti pakatan pembangkang Venezuela semasa sidang media mengenai pilihan raya di Caracas hari ini. Pakatan pembangkang Venezuela menang penguasaan ke atas dewan perun-dangan daripada parti Sosialis buat kali pertama dalam 16 tahun hari ini. – Reuters

Sedar bahawa kemenangan disebabkan ketidakpuasan hati orang awam dengan Maduro berbanding kecintaan mereka bagi pembangkang, ketua pakatan Jesus Torrealba menggesa rakyat Venezuela untuk menghapuskan perbezaan mereka.

“Kita sudah berpecah selama beberapa tahun dan negara belum menang apa-apa dengan kesilapan bersejarah ini…Perpaduan Demokrasi tidak berada di sini untuk menganiayai sesiapa,” kata Torrealba yang diejek oleh Maduro sebagai ‘Shrek jahat’ semasa kempen, memberitahu penyokong dalam ucapan kemenangan awal hari ini.

Mengulangi bahawa undang-undang Amnesti akan menjadi keutamaan pembangkang apabila dewan perundangan mula bertugas pada 5 Januari, Torrealba berjanji akan mengembalikan hak ‘mereka yang dihukum, dipenjara, dihalang daripada politik atau dibuang negeri secara tidak adil.’

Dia juga memberi jaminan kepada penyokong kerajaan bahawa pakatan tidak akan cuba membubarkan program kebajikan yang amat popular semasa pemerintahan Chavez dalam 1999-2013 dan yang mana Maduro berulang kali memberi amaran agar pembangkang tidak menamatkannya. – Reuters