Pembangkang Venezuela kuasai dewan, ikrar singkir presiden

Pembangkang Venezuela kuasai dewan, ikrar singkir presiden

CARACAS, 6 Jan (AFP) – Parti pembangkang Venezuela hari ini menguasai majoriti Dewan Negara, menamatkan 17 tahun cengkaman kerajaan yang sekali gus berikrar menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro.

Ahli Parlimen mengangkat sumpah pada sesi Parlimen yang menyaksikan wakil prokerajaan keluar dewan sebagai tanda protes ketika kepimpinan baharu cuba membentangkan agenda perundangannya.

Pertama kali dalam tempoh 17 tahun, penentang revolusi sosialis yang dimulakan mendiang Presiden Hugo Chavez, menguasai badan perundangan, dan ramai pemimpin seolah-olah masih tidak percaya.

Pembangkang menguasai majoriti dua pertiga selepas menang besar dalam pilihan raya bulan lalu, memberikannya kekuatan untuk mencabar peraturan Maduro.

Henry Ramos Allup (tengah), Timbalan gabungan Venezuela, parti-parti pembangkang (MUD) dan Presiden Dewan Negara, mengangkat sumpah di antara Naib Presiden pertama Enrique Marquez (kiri) di Caracas. - Reuters
Henry Ramos Allup (tengah), Timbalan gabungan Venezuela, parti-parti pembangkang (MUD) dan Presiden Dewan Negara, mengangkat sumpah di antara Naib Presiden pertama Enrique Marquez (kiri) di Caracas. – Reuters

Namun, parti dengan majoriti luar biasa itu kini ragu-ragu selepas Mahkamah Agung kerajaan menghalang empat penggubal undang-undang menduduki kerusi mereka di saat akhir, berhubung dakwaan penipuan pilihan raya.

Akibatnya, hanya 163 daripada 167, berjaya mengangkat sumpah apabila empat ahli parlimen, tiga pembangkang dan satu prokerajaan digantung sementara.

Ahli Parlimen pembangkang menjanjikan perubahan besar, manakala pihak sosialis turut sama berkeras bahawa badan perundangan tidak menghakis keuntungan sosial hasil revolusi Chavez.