Pembangunan mapan memainkan peranan

Pembangunan mapan memainkan peranan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Pembangunan mapan memainkan peranan yang penting dalam dunia masa kini dengan pemimpin seluruh dunia mene-kankan perlunya memberikan keutama-an kepada isu-isu berhubungan dengan perkara itu.

Penekanan itu dibuat oleh Pesuruh-jaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Todd Mercer semasa Sesi Seminar Inspirasi: Are You a Global Citizen?, yang berlangsung di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia, Kota Batu, hari ini.

TYT Todd Mercer menambah bahawa dengan para pemimpin dunia kini mula berkumpul di New York, Amerika Syari-kat untuk membincangkan mengenai matlamat baru bagi pembangunan mapan, topik seminar yang bakal disampaikan oleh penceramah undangan dan pendidik global, d’Arcy Lunn amat bersesuaian sekali.

Beliau menyatakan harapan, melalui seminar itu, d’Arcy mampu untuk mem-berikan inspirasi kepada semua yang hadir untuk membuat perubahan yang positif dan mengukuhkan komitmen kepada keadilan global, sosial dan alam sekitar.

Beliau juga berharap seminar itu dapat menjadi platform bagi perbincangan dan pertukaran ilmu pengetahuan serta menyediakan peluang kepada para pemimpin tempatan untuk mendapatkan pandangan mengenai dengan erti sebenar menjadi warga global pada masa ini.

TYT Todd Mercer menyampaikan kata alu-aluannya di majlis tersebut.
TYT Todd Mercer menyampaikan kata alu-aluannya di majlis tersebut.
Di antara jemputan yang terdiri daripada ahli persatuan kebajikan dan sukarelawan yang menghadiri ceramah itu.
Di antara jemputan yang terdiri daripada ahli persatuan kebajikan dan sukarelawan yang menghadiri ceramah itu.

d’Arcy dalam ceramahnya bertajuk The New Global Goals for Sustainable Development: What they mean for you as a global citizen, mengulas mengenai Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) yang akan menjadi panduan kepada penduduk dunia dalam memastikan pembangunan yang mapan dari sekarang hingga 2030. Beliau berkata bahawa SDG itu merangkumi 17 matlamat penting dengan tumpuan utama diberikan kepada tiga perkara iaitu untuk membasmi kemiskinan tegar, mengurangkan jurang perbezaan dan memberikan penekanan kepada alam sekitar yang mapan.

Mengulas mengenai erti warga global, d’Arcy menjelaskan bahawa tidak ada satu erti yang jelas bagi menerangkan makna sebenar idea itu tetapi ia harus lahir daripada keinginan diri seseorang untuk melakukan perubahan yang boleh memberikan kesan positif bukan sahaja kepada orang di sekeliling tetapi masyarakat global. Bagi d’Arcy, erti sebenar warga global itu adalah orang yang baik yang mempunyai idea yang baik melakukan perkara yang baik. Jelasnya lagi, walaupun seseorang itu tinggal di sebuah negara yang kecil seperti Brunei tetapi tidak bermakna bahawa mereka tidak dapat melakukan perkara yang boleh memberi kesan baik kepada alam sekitar dan masyarakat.

Beliau memberi contoh, seperti menjimatkan penggunaan air dan tenaga yang mana penjimatan itu mempunyai kesan kepada alam sekitar dan ia mempunyai kesan kepada iklim dan kehidupan masyarakat bukan sahaja di Brunei tetapi juga di luar negara.

d’Arcy dalam ceramahnya juga berkata bahawa seorang warga global yang baik ialah mereka yang melihat cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dan mencari kaedah terbaik untuk menangani cabaran itu untuk membantu masyarakat sekeliling mereka.

Oleh itu, bagi d’Arcy seorang warga global ialah mereka yang berani untuk membuat keputusan dan bertindak di mana tindakan mereka itu mempunyai kesan kepada masyarakat dan dunia sekeliling. d’Arcy merupakan bekas guru dari Australia yang bekerja rapat dengan pelbagai persatuan bantuan, sukarelawan dan kebajikan untuk membasmi pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat termasuk penyakit Polio di Sudan Selatan.

Sepanjang tempoh lebih 14 tahun, beliau berkecimpung dalam bidang kesukarelawan itu, d’Arcy telah berkunjung ke lebih 80 buah negara dan menyampaikan lebih 400 ceramah kesedaran global kepada lebih 40,000 orang.

ARTIKEL YANG SAMA