Pembangunan semula terbesar Moscow

Pembangunan semula terbesar Moscow

MOSCOW, 5 Ogos – Satu projek untuk menjadikan kawasan tengah Moscow kawasan jalan kaki telah menarik reaksi bercampur daripada penduduk bandar: ada di antara mereka suka peningkatan itu, yang lainnya bimbang maruahnya akan dirampas daripada kawasan bersejarah itu.

Jentolak dan gerudi beroperasi di tengah kawasan tatkala lebih 50 jalan raya dirobohkan, satu perempat daripada jumlah keseluruhan dipilih untuk peningkatan di bawah skim ‘My Street’.

Pihak berkuasa bandar berkata projek tiga tahun itu, yang akan menelan kos 126 bilion rubles, adalah pembangunan semula terbesar dalam sejarah Moscow moden.

Di kebanyakan jalan, timbunan batu turap, longgokan pasir dan tapak pembinaan yang dipagar menjadi halangan kepada Muscovite, yang menghabiskan setengah tahun dilitupi salji dan tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan musim panas dengan bersiar-siar.

Ia menjejas lalu lintas tetapi ia mungkin sesuatu yang baik disebabkan ia akan bergerak dengan lebih cepat selepas itu,” kata penduduk Muscovite berusia 19 tahun Vladimir Molchanov.

“Bandar itu sedang berubah, menjadi semakin cantik,” kata beliau.

“Saya fikir pembinaan adalah perkara baik disebabkan jalan yang telahpun siap nampak menakjubkan,” kata pengatur cara komputer berusia 28 tahun Maxim Lagvinenko.

“Sebagai seorang pemilik kereta, saya faham pusat bandar harus dibina untuk pejalan kaki dan penunggang basikal,” katanya.

Menurut Alexei Muratov, seorang rakan di KB Strelka, sebuah firma seni bina dan pakar runding reka bentuk bandar yang memain peranan utama dalam projek itu, “Tidak terdapatnya mana-mana pembangunan semula bandar sejak Olimpik Moscow pada 1980.”

“Banyak yang perlu dilakukan,” kata beliau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA