Pembantah Charlotte ingkar perintah berkurung

Pembantah Charlotte ingkar perintah berkurung

CHARLOTTE, 23 Sept – Para pembantah keluar ke jalan Charlotte pada malam ketiga berturut-turut dan mengingkari perintah berkurung tengah malam di bandar AS awal hari ini, di tengah kawalan ketat keselamatan yang bertujuan mencegah lebih banyak pertempuran ekoran penembakan mati seorang lelaki kulit hitam oleh pihak polis.

Beratus-ratus orang berbaris ke stesen polis bandar itu dengan membawa sepanduk yang membawa perkataan ‘Stop killing us” (Berhenti membunuh kami) dan “Resistance is beautiful (Penentangan itu Indah) tetapi suasana jauh lebih tenang dari dua malam sebelumnya.

Beberapa ratus pembantah masih berada di jalan raya selepas perintah berkurung waktu malam, tetapi pasukan keselamatan mengambil pendekatan tidak mencelah dan tidak mengenakan pengetatan.

Tekanan meningkat apabila pihak polis telah mengeluarkan video penembakan Keith Lamont Scott, 43 tahun berketurunan Amerika Afrika, yang pembunuhannya Selasa lalu telah mencetuskan kekacauan. Tetapi para anggota keluarga Scott yang menyaksikan rakaman itu semalam telah membangkitkan ‘lebih banyak soalan dari jawapan,” menurut peguam mereka.

Penunjuk perasaan berada di jalan-jalan semasa perarakan aman berikut tembakan polis semalam pada Keith Lamont Scott di Charlotte, Carolina Utara, kelmarin. – AP
Penunjuk perasaan berada di jalan-jalan semasa perarakan aman berikut tembakan polis semalam pada Keith Lamont Scott di Charlotte, Carolina Utara, kelmarin. – AP

Kematian Scott adalah yang terbaru dalam siri-siri pembunuhan oleh pihak polis ke atas lelaki-lelaki kulit hitam yang telah mencetuskan keberangan di seluruh AS. Gabenor Carolina Utara telah mengisytiharkan keadaan darurat di Charlotte dan beratus-ratus anggota pasukan National Guard dan pegawai polis lebuh raya dikerah untuk mengukuhkan kedudukan polis setempat yang melindungi infrastruktur bandar dan perniagaan.

“Kami telah membuat 44 tangkapan semalam kerana kami tidak akan bertolak ansur dengan kelakuan itu,” ketua polis Charlotte Kerr Putney memberitahu sidang media.

Seorang pembantah yang ditembak oleh seorang awam dalam bantahan malam Rabu lalu telah meninggal dunia di hospital semalam, lapor media setempat. Para pembantah telah berjaga malam tanpa persediaan di laluan jalan kaki tempat lelaki itu terkenal peluru dari seorang penembak yang masih bebas. Mereka menyalakan lilin dan berdoa. – AFP