Pembantah desak peletakan jawatan presiden

Pembantah desak peletakan jawatan presiden

SEOUL, 6 Dis – Beribu-ribu warga Korea Selatan berarak semalam dalam satu rapat membantah dasar pekerja kerajaan dan menuntut peletakan jawatan Presiden Park Geun Hye.

Penganjur berkata kira-kira 50,000 orang, kebanyakan mereka memakai topeng, mengambil bahagian dalam bantahan di bahagian tengah Seoul. Polis memberikan jumlah pembantah seramai 14,000 orang.

Acara yang dianjurkan adalah bersifat aman, menurut laporan TV. Satu rapat yang sama pada November bertukar menjadi ganas, dan berpuluh-puluh orang cedera dalam pertempuran di antara pembantah dan polis.

Pada acara semalam, diadakan oleh lebih 50 kesatuan perniagaan dan kumpulan lain, peserta juga mengkritik tindakan polis pada November apabila penyembur air digunakan ke atas penunjuk perasaan.

Para pembantah bertopeng ketika mengambil bahagian dalam bantahan antikerajaan di bahagian ten-gah Seoul di Korea Selatan. - Reuters
Para pembantah bertopeng ketika mengambil bahagian dalam bantahan antikerajaan di bahagian ten-gah Seoul di Korea Selatan. – Reuters

Kira-kira 500 wakil kumpulan agama dan pembangkang meminta orang ramai supaya bertenang ketika perarakan.

Polis sebelumnya telah mengharamkan rapat berhampiran dataran bandar, tetapi pengharaman dibatalkan oleh mahkamah pentadbiran di Seoul.

Pembantah mahu menyekat pembaharuan pekerja yang dikemukakan oleh kerajaan. Mereka berkata perubahan akan menjadikan syarikat lebih senang untuk memecat pekerja. – dpa