Pembantah enggan tamatkan mogok duduk

Pembantah enggan tamatkan mogok duduk

ISLAMABAD, 30 Mac (AFP) – Para pembantah Islam yang berhimpun di bandar Pakistan berkata hari ini mereka tidak akan menamatkan mogok duduk beberapa hari mereka dan ‘bersedia untuk mati’, ketika pasukan keselamatan bersenjata bersiap sedia untuk merobohkan khemah.

Mogok itu yang berlaku ketika Pakistan berkabung atas kematian lebih 70 orang yang terbunuh dalam pengeboman berani mati Taliban yang mensasarkan orang Kristian yang meraikan Easter Ahad lalu di Lahore, yang menekankan perbezaan keagamaan yang mendalam yang mencetuskan pertempuran panjang negara Islam itu dengan pelampau.

Beberapa ribu orang pembantah berarak di Islamabad Ahad lalu, bertempur dengan pasukan keselamatan sebelum mendirikan khemah di luar bangunan utama kerajaan di sepanjang laluan utama ibu negara, Constitution Avenue.

Seorang lelaki memegang gambar Mumtaz Qadri semasa protes duduk mereka terhadap pelaksanaan hukuman ke atas Qadri di hadapan bangunan Parlimen di Islamabad, Pakistan. - Reuters
Seorang lelaki memegang gambar Mumtaz Qadri semasa protes duduk mereka terhadap pelaksanaan hukuman ke atas Qadri di hadapan bangunan Parlimen di Islamabad, Pakistan. – Reuters

Para pembantah yang bilangan mereka kira-kira 25,000 pada bilangan tertinggi, telah berhimpun dalam menyokong Mumtaz Qadri, yang dihukum mati pada lewat Februari lalu, lima tahun selepas dia membunuh seorang gabenor liberal Punjab ekoran gesaannya untuk membaharui undang-undang kata-kata kufur.

Kerajaan telah memberi kata dua pada lewat semalam kepada para pembantah supaya pergi, tetapi itu tidak diendahkan, yang mengakibatkan kerajaan mengeluarkan gesaan kedua dengan mengatakan pasukan keselamatan akan memulakan operasi pengosongan kawasan itu pada pagi hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA