Pembantah Filipina cetus kemarahan China

Pembantah Filipina cetus kemarahan China

BEIJING, 28 Dis – China meluahkan kemarahan hari ini selepas sekumpulan pembantah Filipina mendarat di pulau yang dikawal oleh Filipina di Laut China Selatan.

Kira-kira 50 pembantah, kebanyakan mereka pelajar, sampai ke pulau Thitu di gugusan kepulauan Spratly pada Sabtu dalam satu pendirian membantah apa yang mereka katakan merupakan serangan Beijing ke atas zon ekonomi eksklusif Filipina, kata Eugenio Bito-onon, datuk bandar pulau.

China menuntut hampir kesemua Laut China Selatan, dipercayai mempunyai simpanan minyak dan gas yang besar, di mana kira-kira $5 trilion perniagaan bawaan kapal melaluinya setiap tahun. Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan ke atas kawasan berkenaan.

China “amat tidak puas hati” dengan apa yang telah dilakukan oleh warga Filipina tersebut, kata jurucakap Kementerian Luar China Lu Kang, mengulang China mempunyai kedaulatan yang tidak dipertikaikan ke atas pulau Spratly.

“Kami sekali lagi menggesa Filipina supaya menarik balik kesemua kakitangan dan kemudahan dari pulau yang dihuni oleh mereka secara tidak sah, mengelak daripada melaku aktiviti yang menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau dan tidak wajar untuk hubungan China-Filipina,” kata Lu.

Menggambarkan ekspedisi mereka sebagai “pelayaran patriotik,” pembantah, dipimpin oleh bekas kapten marin, merancang berkhemah di pulau berkenaan, yang dipanggil oleh Filipina sebagai Pagasa, selama tiga hari dalam satu tindakan melawan simbolik.

Pegawai kerajaan dan tentera cuba menghalang kumpulan berkenaan daripada belayar ke perairan itu, memetik sebab-sebab keselamatan selepas berlakunya ribut di Laut China Selatan pada awal bulan ini.

Filipina juga bimbang mengenai reaksi China terhadap lawatan itu memandangkan Manila telah berusaha untuk menenangkan ketegangan berpunca daripada pengembangan pesat Beijing di Laut China Selatan – membina tujuh pulau tiruan di perairan tersebut.

Filipina telah mencabar Beijing di mahkamah penimbang tara di The Hague, satu kes yang tidak pernah diiktiraf oleh Beijing. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA