Pembantah gesa Formosa Taiwan keluar dari Vietnam

Pembantah gesa Formosa Taiwan keluar dari Vietnam

TAIPEI, 10 Ogos – Para pembantah Vietnam yang berang telah berhimpun di Taiwan hari ini menggesa konglomerat tempatan, Formosa untuk meninggalkan negara mereka selepas bencana alam sekitar telah menjejaskan ratusan ribu penduduk.

Bantahan di luar ibu pejabat Formosa, di bandar Taipei, Taiwan, termasuk ahli saudara bagi keluarga-keluarga di kawasan itu di tengah-tengah skandal, yang menyaksikan bertan-tan ikan mati dihanyutkan di sepanjang tepi laut tengah Vietnam pada April.

Selepas berminggu-minggu penyiasatan, para pegawai Vietnam pada Jun meletakkan kesalahan itu ke atas Formosa, yang membina kilang keluli bernilai berbilion dolar berhampiran tempat ikan-ikan ditemui mati.

Syarikat itu bersetuju untuk membayar pampasan sekitar AS$500 juta dan meminta maaf terhadap ‘insiden persekitaran’ yang memusnahkan industri perikanan di beberapa wilayah tengah.

Formosa juga berjanji untuk bekerja sama dengan pihak berkuasa tempatan bagi membantu orang ramai yang terjejas dan membersihkan pencemaran itu.

Orang Vietnam yang bekerja di Taiwan memegang sepanduk dan gambar ikan mati, yang dipercayai berpunca daripada pencemaran di perairan Vietnam, ketika mereka membantah di luar ibu pejabat Syarikat Plastik Formosa di Taipei pada 10 Ogos. – AFP
Orang Vietnam yang bekerja di Taiwan memegang sepanduk dan gambar ikan mati, yang dipercayai berpunca daripada pencemaran di perairan Vietnam, ketika mereka membantah di luar ibu pejabat Syarikat Plastik Formosa di Taipei pada 10 Ogos. – AFP

Bagaimanapun, media Vietnam melaporkan baru-baru ini yang polis tempatan kini sedang menyiasat insiden baru, selepas seorang kontraktor Formosa telah ditangkap menguburkan ribuan tan sisa buangan industri yang tidak dirawat.

“Kami benar-benar sangat marah bahawa isu pencemaran lautan belum lagi selesai dan sekarang Formosa didapati telah menguburkan sisa toksik di beberapa lokasi,” kata Nguyen Duc Huy, seorang pekerja Vietnam yang berpangkalan di Taiwan yang keluarganya tinggal di wilayah Ha Tinh yang terjejas.

“Orang kami menderita dan ramai yang kehilangan kerja kerana tidak ada ikan di laut.

“Syarikat itu tidak bertanggungjawab. Kami mahu ia tinggalkan Vietnam dan berhenti mencemarkan persekitaran kami,” ujarnya kepada AFP.

Sekitar 40 pembantah, kesemuanya warga Vietnam yang pada masa ini tinggal dan bekerja di Taiwan, telah memegang sepanduk bertulis ‘Formosa keluar dari Vietnam’ dan ‘Merosakkan persekitaran adalah membunuh orang ramai’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA