Pembantah mahu Maduro digulingkan

Pembantah mahu Maduro digulingkan

CARACSS, 19 Mei (AFP) – Para pembantah Venezuela menuntut referendum berhubung penyingkiran Presiden Nicolas Maduro semalam, menentang polis rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata dan perintah darurat yang dibidas oleh pihak pembangkang sebagai tidak berperlembagaan.

Tetapi Maduro memberi amaran bahawa jika tindakan anti kerajaan bertukar ganas “Saya tidak akan teragak-agak’ untuk meningkatkan langkah luar biasa, “untuk berjuang bagi keamanan dan keselamatan di negara ini.”

Pihak pembangkang telah mengadakan tunjuk perasaan di Caracas dan dua dozen kota-kota lain dan bandar-bandar untuk mendesak bagi referendum terhadap Maduro tahun ini.

Lebih 1.8 juta tandatangan menggesa bagi undian telah pun dikumpulkan bagi surat rayuan yang telah dihantar kepada Majlis Pilihan raya Kebangsaan (CNE) dua minggu lalu.

Polis dan tentera yang menggunakan gas pemedih mata dan semburan lada putih menyekat kira-kira 1,000 orang penunjuk perasaan dari berbaris menuju ibu pejabat CNE, wartawan-wartawan yang termasuklah wartawan AFP menyaksikan.

Salah seorang pembantah melempar kembali gas pemedih mata ke arah pihak polis rusuhan. – AFP
Salah seorang pembantah melempar kembali gas pemedih mata ke arah pihak polis rusuhan. – AFP

Sebilangan penunjuk perasaan melontar batu besar dan botol ke ara pasukan yang menyekat mereka masuk.

“Maduro Keluar!” orang ramai berteriak dengan membawa sepanduk anti kerajaan dan bendera Venezuela.

Kejadian-kejadian itu dilaporkan ketika tunjuk perasaan di lima buah negeri Venezuela. Kira-kira 30 orang diberkas, menurut pihak pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Bantahan itu adalah yang pertama sejak perintah darurat 60 hari yang dikenakan minggu lalu oleh Maduro yang tidak disukai, yang memberikan kuasa meluas kepada pasukan keselamatan untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Perintah itu memberikan kuasa-kuasa meluas kepada kerajaan, tentera dan polis untuk tidak mengendahkan perlindungan berperlembaga dan menangani apa yang dikatakan oleh Maduro adalah ancaman kepada keselamatan negara dan luaran, dan kekurangan teruk makanan dan tenaga.

Satu-satu kesan yang dapat dilihat pengubahan haluan makanan untuk diberikan kepada warga-warganegara miskin dan langkah berjaga-jaga yang lebih besar oleh pasukan keselamatan.

ARTIKEL YANG SAMA