Pembantah pecah masuk Zon Hijau Iraq

Pembantah pecah masuk Zon Hijau Iraq

BAGHDAD, 1 Mei (AFP) – Beribu-ribu orang pembantah yang meradang, memecah masuk ke kawasan Zon Hijau Baghdad yang diperkukuhkan semalam dan menyerbu bangunan parlimen Iraq selepas para ahli undangan sekali lagi gagal meluluskan menteri-menteri baru.

Orang ramai yang dalam kegembiraan, kebanyakan mereka para penyokong Moqtada al-Sadr, menyerbu dewan sesi utama, dengan melaungkan slogan yang memuliakan ketua mereka dan mendakwa mereka membasmi rasuah.

Bandar itu telah pun dalam langkah berjaga-jaga bagi ziarah besar Syiah, para peserta yang menjadi sasaran dalam pengeboman yang telah mengorbankan 23 orang semalam, tetapi langkah keselamatan tambahan diambil selepas para pembantah menyerbu Zon Hijau.

“Kamu tidak akan berada di sini! Ini adalah hari terakhir kamu di Zon Hijau,” laung seorang pembantah ketika beribu-ribu orang memecah masuk.

Selain dari kawasan parlimen, kawasan larangan di tengah Baghdad yang menempatkan istana presiden, pejabat perdana menteri dan beberapa kedutaan, termasuklah kedutaan AS dan Britain.

Para pembantah merobohkan beberapa tembok konkrit berat yang mengelilingi Zon Hijau untuk membuat lubang dan juga memanjat perintang.

Mereka kemudian menuju parlimen yang mana di situ beberapa orang mengamuk melalui bangunan itu dan memecah masuk ke dalam pejabat-pejabat, manakala yang lain melaungkan ‘aman, aman” dan cuba mengawal kemusnahan, menurut seorang wartawan AFP.

Pasukan keselamatan hadir tetapi tidak mendatangi mereka.

Kira-kira enam jam selepas Zon Hijau diserbu dan di sebalik kekacauan, Perdana Menteri Haider al-Abadi mengeluarkan kenyataan yang mendakwa situasi di Baghdad ‘dikawal oleh pasukan keselamatan’ dan menggesa para pembantah supaya kembali ke ‘kawasan bantahan yang ditetapkan’.

Speaker parlimen Sali mal-Juburi sementara itu mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada ahli parlimen sebagai ‘wakil rakyat’ dan kakitangan mereka – gambaran yang tidak akan dipersetujui oleh kebanyakan penduduk Iraq.

Gas pemedih mata digunakan ke atas para pembantah tetapi keganasan tidak meningkat, dengan kedua belah pihak dilihat berbaik-baik.