Pembantah, polis bertempur di Yerevan

Pembantah, polis bertempur di Yerevan

YEREVAN, 21 Julai – Polis di bandar Armenia, Yerevan hari ini memberkas berbelas-belas pembantah ekoran pertempuran ganas pada waktu malam ekoran pertikaian tebusan selama empat hari yang mana lelaki-lelaki bersenjata pro pembangkang membunuh seorang pegawai polis dan menculik beberapa orang lagi.

Kira-kira 51 orang, termasuklah 25 orang tercedera malam semalam, menurut kementerian kesihatan Armenia, selepas para pembantah yang membaling batu menyerang anggota polis yang dikerah di luar bangunan polis tempat lelaki-lelaki bersenjata iaitu para penyokong ketua pembangkang yang dipenjarakan Zhirair Sefilyan – telah menculik empat pegawai polis sejak pagi Ahad.

Polis membalas balik dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai, menurut seorang pemberita AFP.

Bantahan berterusan hingga awal-awal waktu hari ini ketika kira-kira 2,000 orang pembantah membina perintang di hadapan kepungan polis rusuhan yang bersenjatakan belantan yang mengenakan jaket dan helmet.

Pada awal subuh polis rusuhan yang menyuraikan orang ramai memukul dan memberkas ramai penunjuk perasaan.

Kira-kira 15 ahli politik pembangkang dari parti bersederhana Parti Perjanjian Awam telah diberkas, menurut ketua parti, Ahli Parlimen Nikol Pashinyan memberitahu para wartawan.

Marah dengan cara kerajaan mengendali krisis tebusan yang berlanjutan, para pembantah menuntut Pashinyan dibenarkan menghantar makanan kepada lelaki-lelaki bersenjata yang enggan menerima syarat dari kerajaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA