Pembantah takluk kementerian alam sekitar

Pembantah takluk kementerian alam sekitar

BEIRUT, 1 Sept (AFP) – Berpuluh aktivis menduduki sebahagian kementerian alam sekitar Lubnan di tengah Beirut hari ini, mengadakan bantahan duduk untuk menuntut menteri alam sekitar itu meletak jawatan, menurut para pembantah dan pekerja.

Langkah itu muncul menjelang tamat tempoh kempen bagi kerajaan untuk bertindak balas atas tuntutan mereka selepas bantahan besar hujung minggu.

“Mereka enggan untuk mendengar tuntutan kami yang kami berikan mereka 72 jam untuk dipenuhi,” aktivis Lucien Bourjeily memberitahu AFP.

“Mereka mengumumkan dengan jelas yang menteri tidak akan meletak jawatan. Kami meminta peletakan jawatan menteri dan tidak akan pergi sehingga ia berlaku.”

Para pembantah duduk di lantai ketika pegawai keselamatan cuba untuk masuk ke dalam kementerian alam sekitar di Beirut, Lubnan pada 1 September. – Reuters
Para pembantah duduk di lantai ketika pegawai keselamatan cuba untuk masuk ke dalam kementerian alam sekitar di Beirut, Lubnan pada 1 September. – Reuters

Kempen itu bermula sebagai tindak balas kepada krisis sampah yang meletus dengan penutupan tempat pembuangan sampah terbesar Lubanan pada pertengahan Julai.

Namun ia telah berkembang kepada sebuah cawangan sehingga menimbulkan kekecewaan yang sangat mendalam berhubung kelas politik lembap dan infrastruktur Lubnan yang hancur.

Minggu lepas, kempen itu telah menetapkan empat tuntutan penting: peletakan jawatan Menteri Alam Sekitar, Mohammed Mashnuq, pilihan raya parlimen baru, tanggungjawab pengutipan sampah diserahkan kepada kawasan perbandaran dan kebertanggungjawaban keganasan ke atas para pembantah.