Pembantah tuntut menteri letak jawatan

ISLAMABAD, 10 Nov – Lebih seratus Islamis berkhemah di tepi bandar Pakistan menuntut untuk penyingkiran menteri undang-undang negara itu selepas memasukkan Nabi Muhammad dalam rang undang-undang perlembagaan.

Perhimpunan itu bermula dengan kehadiran sejumlah seratus anggota parti radikal Tehreek-i-Labaik Ya Rasool Allah yang sudah mula berkumpul awal minggu ini di Faizabad, luar Islamabad.

Hari ini, himpunan ini bertambah sehingga 3,000 orang, mengganggu orang awam dan pihak polis terpaksa menyediakan kontena bagi menghalang pembantah masuk ke bandar.

Peserta bantahan menuntut untuk pembuangan Menteri Undang-Undang, Zahid Hamid walaupun beliau sudah memohon maaf dan berkata ia merupakan kesalahan pejabat dan sudah pun dibetulkan. – AP