Pembantu juruterbang cedera diserang penumpang

Pembantu juruterbang cedera diserang penumpang

THE HAGUE, 5 Jan (AFP) – Seorang lelaki dalam penerbangan jauh KLM dari Amsterdam ke Beijing menyerang dan mencederakan seorang juruterbang sebelum ditenangkan oleh penumpang lain, kata penerbangan Belanda.

Saksi, yang dipetik oleh media Belanda, berkata lelaki itu menikam pembantu juruterbang sama ada dengan pisau atau dengan sekeping kaca yang pecah dalam kejadian Ahad lalu, tetapi perkara itu tidak disahkan oleh KLM.

“Pada hari Ahad, 3 Januari, pesawat KL897 dalam penerbangan ke Beijing, penumpang yang keliru itu mengunci dirinya dalam tandas dan menyebabkan luka ke atas dirinya,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

“Dia kemudian mencederakan pembantu juruterbang di salah satu dapur dalam kabin,” KLM menegaskan tidak maklumat pesawat itu dalam bahaya.

Penerbangan harian KL897 berlepas sekitar 5:35 (1635 GMT) dari lapangan terbang Schiphol di Amsterdam menuju ibu negara China, dan mendarat dengan selamat pada 10:31 (0231 GMT) Isnin.

Penyerang telah diambil tindakan dan dikeluarkan dari penerbangan dengan dikawal oleh 15 anggota polis yang sedang menunggu pesawat mendarat di landasan Beijing, kata seorang saksi lain kepada akhbar itu.

KLM berkata pembantu juruterbang itu dirawat di Beijing dan kini kembali ke Belanda.