Pembantu rumah gadai barang kemas majikan untuk berjudi

Pembantu rumah gadai barang kemas majikan untuk berjudi

SINGAPURA, 19 Jan – Seorang pembantu rumah di Singapura yang telah mencuri lebih suku juta dolar nilai barangan kemas daripada majikannya, telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah, lapor media hari ini.

Mary Jane Importante Escalona, 48, mencuri wang tunai dan barangan kemas bernilai sekitar 400,000 dolar Singapura (AS$277,915) antara 2014 dan Oktober 2015, lapor Straits Times.

Escalona, yang berasal dari Filipina, menggadai barangan itu telah mengalami kerugian dalam perjudian di kasino, menurut laporan tersebut.

Escalona bekerja bagi keluarga itu selama enam tahun dan mencuri barangan seperti cincin dan anting-anting emas berlian. Barangan itu dianggarkan berharga kira-kira AS$3,000 hingga AS$10,000. Manakala kalung emas bernilai AS$5,000 ditemui dalam biliknya. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA