Pembayaran pakej haji bermula 9 Mei

Pembayaran pakej haji bermula 9 Mei

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa pembayaran pakej haji bagi musim haji tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi akan bermula 9 Mei 2016 bersamaan 2 Syaaban 1437 Hijrah sehingga 23 Mei 2016 Masihi bersamaan 16 Syaaban 1437 Hijrah.

Sehubungan itu, bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini dikehendaki untuk membuat pembayaran pakej haji kepada syarikat operator haji yang dipilih pada tarikh yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan KHEU, nama bakal jemaah haji yang membuat pembayaran pakej haji akan dihadapkan ke Kementerian Haji Arab Saudi melalui sistem pendaftaran haji e-hajj kementerian itu bagi urusan-urusan pengeluaran visa sebagaimana yang ditetapkan. Kegagalan bakal jemaah haji berbuat demikian akan menjejaskan proses-proses pengeluaran visa.

Bakal-bakal jemaah haji boleh berhubung terus dengan Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd, Straits Central Agencies Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd dan Raudah Al-Amin Sdn Bhd untuk sebarang maklumat lanjut mengenai jadual pembayaran tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA