Pembekal botol China gagal bayar bon $100 juta

Pembekal botol China gagal bayar bon $100 juta

SHANGHAI, 26 Mei (AFP) – Sebuah pembekal botol China untuk Coca-Cola dan PepsiCo berkata hari ini tidak mampu membayar balik bon bernilai hampir $100 juta, kegagalan membayar terbaru tatkala pertumbuhan menjadi lembap dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

Zhuhai Zhongfu Industrial Co mempunyai bon bernilai 590 juta yuan yang luput pada Khamis tetapi hanya berupaya mengembalikan satu perempat daripada wang pokok, katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Shenzhen, di mana ia disenaraikan.

China telah melihat beberapa kemungkiran membayar bon daripada syarikat swasta dan perusahaan milik kerajaan dalam beberapa bulan ini tatkala pertumbuhan meleset kepada 7.0 peratus pada suku pertama, tahap rendah sejak krisis kewangan global.

Zhuhai Zhongfu, di mana pelanggan utamanya termasuk syarikat minuman AS Coca-Cola dan PepsiCo, berkata ia berupaya membayar faedah sebanyak 31.15 juta yuan. Perdana Menteri Li Keqiang pada Mac memberi petunjuk bahawa China rela menerima beberapa kemungkiran membayar hutang, berkata kes individu ‘tidak dapat dielakkan’ di bawah penyusunan semula ekonomi.

ARTIKEL YANG SAMA