Pembekal diberi pampasan

Pembekal diberi pampasan

SEOUL, 18 Okt – Samsung Electronics berkata hari ini ia akan membayar pampasan kepada pembekal yang terjejas oleh keputusan untuk membatalkan telefon pintar Galaxy Note 7 disebabkan kebimbangan keselamatan dengan bateri meletup.

Syarikat elektronik Korea Selatan itu mengumumkan seminggu lalu bahawa ia akan menghentikan Note 7 selepas penarikan balik kelam-kabut yang melihat telefon ganti juga terbakar.

Samsung berkata urusan tersebut akan menelan kos kira-kira AS$5.3 bilion dalam keuntungan yang hilang dalam tempoh tiga suku bermula Julai.

Krisis itu juga menjejas pelbagai pembekalnya, yang menghasilkan segalanya daripada modul kamera kepada kasing – dengan kerugian mereka dianggarkan berjumlah AS$1.7 bilion.

“Kami akan menawarkan pampasan penuh untuk inventori komponen Note 7 yang tinggal di kalangan pembekal kami,” kata firma dalam satu kenyataan.

“Kami rasa kesal kerana menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembekal kami disebabkan pemberhentian Galaxy Note 7, kami akan menyelesaikan pampasan dengan segera untuk meminimumkan kesukaran yang dihadapi oleh mereka,” katanya.

Kenyataan itu tidak memberikan angka yang khusus, namun berkata bayaran akan dikira mengikut jumlah inventori pembekal yang berlainan.

Berdasarkan kelayakan Kumpulan Samsung dalam ekonomi keempat terbesar Asia – ia menyumbang kepada kira-kira 17 peratus daripada KDNK, masalah Note 7 telah memberikan kesan ke atas negara.

Bank Korea berkata ia telah mengambil kira krisis apabila ia mengurangkan prospek pertumbuhan Korea Selatan pada 2017 kepada 2.8 peratus pada minggu lalu daripada ramalan 2.9 peratus sebelumnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA