Pembekal haram tentera diberkas

Pembekal haram tentera diberkas

NAIROBI, 7 Jun – Lima pasukan pengaman Kesatuan Afrika di Somalia telah diberkas berhubung jualan haram bekalan tentera, menurut Misi Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) semalam.

AMISOM berkata tentera-tentera didapati memiliki bahan api dan beg pasir dan telah ditahan Ahad lalu dalam operasi bersama dengan polis Somali yang menyusuli penyiasatan dan satu tempoh pengawasan.

“AMISOM tidak mengamalkan toleransi terhadap perlakuan tidak profesional dalam kalangan kakitangannya dan penjenayah-penjenayah akan dihukum mengikut undang-undang,” menurut satu kenyataan dari AMSOM, yang mempunyai lebih 22,000 orang anggota pengaman di Somalia.

“Semua kakitangan yang berkhidmat di bawah Misi Kesatuan Afrika di Somalia terikat dengan Kod Tatalaku AMISOM dan sebarang pelencongan dari standard yang ditetapkan dalam perkara itu akan berdepan dengan kuasa besar undang-undang.”

AMISOM telah menjanjikan ‘langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa amalan ini dihapuskan dari da-lam kedudukannya’ untuk memastikan ‘tindakan mementingkan diri sendiri’ tidak menjejaskan misinya.

Misi itu tidak mendedahkan kewarganegaraan tentera itu tetapi Menteri Pertahanan Uganda, Paddy Ankunda kemudian memberitahu AFP bahawa mereka berasal dari Uganda.

“Penyiasatan sedang dijalankan. Jika mereka didapati bersalah, undang-undang akan mengikut laluannya.” Ujarnya.

Tugas AMISOM ialah untuk menyokong kerajaan rapuh Somalia yang disokong antarabangsa di tengah ancaman dari para pelampau Shabaab yang bergabung dengan Al-Qaeda.

Dikerah pada tahun 2007, AMISOM mengusir kumpulan itu dari Mogadishu pada tahun 2011 tetapi para pelampau meneruskan usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan, dengan melancarkan serangan biasa ke atas ketenteraan, sasaran kerajaan dan awam di Mogadishu dan di tempat lain. – AFP