Pembekal perkhidmatan perlu fahami ‘DNA digital’

Pembekal perkhidmatan perlu fahami ‘DNA digital’

ST. LOUIS, 23 Jun (Bernama) – Pembekal terkemuka penyelesaian pengalaman pelanggan, Amdocs hari ini mendedahkan pembekal perkhidmatan perlu menyesuaikan produk mereka dengan gaya hidup digital remaja.

Hubungan rapuh di antara pembekal perkhidmatan komunikasi dan remaja, dan peranan yang akan dimainkan oleh teknologi digital perlu disesuaikan dengan kehidupan generasi yang melihat masa depan mereka sebagai warga “digital” sebagaimana manusia.

Menurut kajian, hanya 12 peratus remaja berpendapat bahawa pembekal perkhidmatan memahami gaya hidup mereka dan menawarkan perkhidmatan untuk memadankannya.

Sebanyak 30 peratus melaporkan mereka menerima layanan khidmat pelanggan yang teruk daripada CSP mereka sepanjang tahun lalu dan 46 peratus menyatakan mereka tidak akan lagi menggunakan CSP tersebut. Satu pertiga responden kemudiannya telah berkongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan mereka.

Ketua Pegawai Operasi FB, Sheryl Sandberg bergambar bersama presiden AEI, Arthur C. Brooks sebelumperbincangan umum Facebook mengenai ‘Kejayaan Inovasi Yang Membuka Dunia’ di The American Enterprise Institute for Public Policy Research, Washington, DC. Kelmarin. – AFP
Ketua Pegawai Operasi FB, Sheryl Sandberg bergambar bersama presiden AEI, Arthur C. Brooks sebelumperbincangan umum Facebook mengenai ‘Kejayaan Inovasi Yang Membuka Dunia’ di The American Enterprise Institute for Public Policy Research, Washington, DC. Kelmarin. – AFP

Kajian yang ditugaskan kepada Amdocs, telah dijalankan oleh Vanson Bourne iaitu pembekal penyelidik pasaran teknologi dan dibimbing oleh pakar generasi dan ahli sosiologi terkemuka, Dr. Paul Redmond. Penemuan penting tambahan mendedahkan DNA digital unik remaja dan apakah perkhidmatan yang mereka inginkan.

Digital ialah lensa di mana remaja melihat diri mereka dan orang lain: 43 peratus percaya telefon pintar menjadikan mereka lebih bijak dan “bergaya”; 52 peratus menyemak akaun media sosial mereka sebagai perkara pertama yang dilakukan pada waktu pagi; lebih 30 peratus menyatakan mereka berkemungkinan tidak akan bertemu seseorang lagi sekiranya mereka tiada akaun Facebook (FB) atau WhatsApp.

Emoji adalah bernilai seribu perkataan:Hampir separuh responden menyatakan mereka lebih suka menggunakan emoji (47%) dan menyiarkan gambar (45%) untuk menghantar e-mel kerana emoji meluahkan perasaan mereka dengan lebih jelas daripada kata-kata.