PEMBELA adakan majlis apresiasi

PEMBELA adakan majlis apresiasi

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 8 Nov – Bagi menghargai jasa ahlinya yang banyak membantu biro-biro di bawahnya mencapai kemajuan, Persatuan Belia Belait (PEMBELA) telah mengadakan majlis apresiasi dan menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa serta ahlinya di Dewan Teater, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), Seria, hari ini.

Antara yang hadir serta menyampaikan sijil-sijil ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim, Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani bin Haji Ibrahim, Dato Paduka Haji Mohd Yussop bin Bakar, mantan pegawai Daerah Belait, Haji Muhammad bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman, Pengerusi Lembaga Bandaran Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Abdul Majid bin Alias serta Pengasas Persatuan Belia Belait, Haji Embran bin Haji Ibrahim dan Haji Yussop bin Haji Munir.

Yang Di-Pertua PEMBELA, Dayang Atikah Rumaizah binti Dr. Haji Harun berkata, majlis tersebut diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa mereka yang berbakti kepada masyarakat menurut perspektif mereka dan bukan untuk menyaingi mana-mana peringkat anugerah.

Yang Dimuliakan Pehin Haji Dani (kanan) menyampaikan cenderamata kepada seorang ahli PEMBELA.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Dani (kanan) menyampaikan cenderamata kepada seorang ahli PEMBELA.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Abdul Ghani ketika menyampaikan sijil kepada Dayang Atikah Rumaizah.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Abdul Ghani ketika menyampaikan sijil kepada Dayang Atikah Rumaizah.
Dayang Atikah Rumaizah ketika menyampaikan ucapan.
Dayang Atikah Rumaizah ketika menyampaikan ucapan.
Gambar ramai sempena Majlis Apresiasi PEMBELA 2015.
Gambar ramai sempena Majlis Apresiasi PEMBELA 2015.

“Apresiasi kita ini bukanlah menandingi anugerah peringkat kebangsaan atau menyaingi pengiktirafan atau pensijilan peringkat antarabangsa tetapi hanya usaha alternatif untuk individu atau kumpulan yang berbakti kepada masyarakat umum,” kata beliau.

“Acara sebegini diadakan untuk memberikan semangat dan galakan dengan memberikan penghormatan, pengiktirafan dan penghargaan kepada tokoh-tokoh belia dan masyarakat yang layak dijadikan idola, contoh dan panutan,” tambah beliau.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada tetamu undangan, Pertubuhan Perpaduan Kebajikan Islam Malaysia (PEKIMA) dan persembahan syair oleh Haji Harun bin Awang Mokti bersama Dayang Hajah Julia binti Chee.

ARTIKEL YANG SAMA