Pembeli habiskan berbilion dolar dalam penjualan ‘Singles Day’

Pembeli habiskan berbilion dolar dalam penjualan ‘Singles Day’

BEIJING, 11 Nov (AFP) – Pembeli-belah menghabiskan kira-kira $9 bilion dalam 12 jam pertama jualan “Singles Day” di China hari ini, kata syarikat e-dagangan Alibaba, dalam hari membeli-belah Internet terbesar di dunia.

Jumlah barangan kasar, satu pengukur jualan, menyaingi jumlah AS$9.3 bilion yang dicatat pada 2014 sejurus selepas 12:30 tengah hari, selepas promosi bermula pada tengah malam.

“Jualan 2015 telah menyurami keputusan akhir tahun lalu dalam separuh masa,” katanya.

Dalam kenyataan sebelumnya, ketua pegawai eksekutif Alibaba Daniel Zhang berkata: “Seluruh dunia akan menyaksikan kuasa penggunaan China pada 11 November ini.”

“Singles Day” bukan satu pesta tradisional China, namun Alibaba telah mendesak 11 November – 11/11 – sejak 2009 tatkala ia berusaha menggunakan sejumlah besar pembeli-belah Internet di China, yang mempunyai jumlah pengguna Internet terbesar di dunia iaitu 668 juta.

Seorang penunggang penghantaran memasukan pek barangan ke dalam kenderaan tiga roda di sebuah pusat pengedaran di Beijing. Pengguna Internet Cina membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam membeli-belah terbesar dalam talian. – AFP
Seorang penunggang penghantaran memasukan pek barangan ke dalam kenderaan tiga roda di sebuah pusat pengedaran di Beijing. Pengguna Internet Cina membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam membeli-belah terbesar dalam talian. – AFP

Pada mulanya ia dipromosi sebagai “anti-Hari Kekasih”, memaparkan diskaun besar untuk menarik orang bujang dna pembeli yang sensitif kepada harga di dalam negara.

Dengan jualan mencecah tahap tinggi tahun demi tahun, “Singles Day” telah menjadi satu peluang perniagaan yang menguntungkan yang diamalkan oleh semua peruncit Internet di China, dengan persaingan di antara mereka semakin sengit.

Acara itu telah menerima sokongan daripada kerajaan pada masa apabila perkembangan ekonomi China menjadi lembap dan Beijing cuba mengubah model pertumbuhan kepada model yang lebih mampan yang didorong oleh penggunaan.

Pejabat Perdana Menteri China Li Keqiang menelefon pengerusi Alibaba Jack Ma beberapa jam sebelum promosi bermula, “mengucapkan tahniah dan menggalak penubuhan pencapaian acara 11.11,” kata satu artikel yang disiar dalam media sosial Tmall, cawangan perniagaan-kepada-pengguna kumpulan.