Pembeli Hyundai menang hadiah

Pembeli Hyundai menang hadiah

Oleh Rafidah Jumat & Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Cabutan bertuah Pelan Takaful Gadai Janji untuk Sewa Pembeli yang diadakan di Bilik Pameran Setia Motors, hari ini, menyaksikan Dayang Nor Azeerah binti Jasseri membawa pulang hadiah utama berupa televisyen Samsung 40 inci.

Hadiah kedua berupa baucar $500 dimenangi oleh Awang Muhd Adi Iswandy bin Subli sementara Awang Hamzah bin Haji Ahmad memenangi iPad Mini.

Tujuh pemenang lain pula membawa pulang hadiah jam tangan Luminox, baucar petrol bernilai $100 dan salun trillium kereta bernilai $200.

Hadiah disampaikan bersama oleh Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair dan Pengurus Komersil Setia Motors, Haji Hamid bin Haji Yahya.

Pemenang merupakan antara pelanggan yang membeli mana-mana kereta Hyundai sekali gus melayakkan mereka untuk menyertai pelan tersebut, bermula 1 April hingga 30 Jun 2015.

Dayang Nor Azeerah menerima hadiah utama daripada Haji Osman.
Dayang Nor Azeerah menerima hadiah utama daripada Haji Osman.
Para pemenang bergambar ramai bersama Haji Osman dan Haji Abdul Hamid.
Para pemenang bergambar ramai bersama Haji Osman dan Haji Abdul Hamid.

Pelan Takaful Gadai Janji untuk Sewa Pembeli adalah perlindungan takaful atau insurans untuk peserta yang mendaftar pembiayaan sewa beli atau pinjaman kereta daripada mana-mana syarikat kewangan.

Jika kematian berlaku sebelum tempoh pembiayaan berakhir, Insurans Islam TAIB Keluarga Takaful Sdn Bhd akan menyelesaikan secara langsung baki pembiayaan.

Cabutan bertuah ini merupakan kerjasama antara Setia Motor dan Insurans Islam TAIB Keluarga Takaful Sdn Bhd.

ARTIKEL YANG SAMA