Pembeli Kia berpeluang menangi hadiah lumayan

Pembeli Kia berpeluang menangi hadiah lumayan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Seramai 20 orang pelanggan Grand Motors Sdn Bhd yang membeli kereta Kia sepanjang promosi ‘Drive Your Way to The 2016 Australian Open’ telah dipilih untuk memasuki sesi cabutan utama yang akan berlangsung pada Jumaat ini di Bilik Pameran Kia, Perindustrian Beribi.

Hadir membuat cabutan nama-nama pelanggan bertuah berkenaan hari ini ialah wakil-wakil dari Bank Baiduri dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Menurut Grand Motors Sdn Bhd, seramai 260 orang pelanggan telah membeli kereta Kia bermula 1 Oktober hingga 30 November namun hanya 20 orang dipilih untuk menyertai pusingan akhir cabutan bagi promosi berkenaan.

Pelanggan yang terpilih berkenaan akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan untuk dua orang ke Australia bagi menyaksikan perlawanan tenis separuh akhir Terbuka Australia, di samping hadiah-hadiah lainnya seperti Apple iPhone 6s Plus, Apple iPhone 6s, Apple Smart Watch 42mm dan Apple Sport Watch 38mm.

Para pelanggan bertuah berkenaan akan dihubungi oleh pihak Grand Motos dan diminta untuk membawa kad pintar semasa cabutan itu nanti.

Wakil daripada BIBD ketika membuat cabutan.
Wakil daripada BIBD ketika membuat cabutan.

ARTIKEL YANG SAMA