Pembelian cara mudah alih meningkat

Pembelian cara mudah alih meningkat

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) – Malaysia menduduki tempat ketiga dalam pertumbuhan beli-belah mudah alih di Asia Pasifik, di belakang Taiwan dan India, demikian menurut Kajian Beli-Belah Mudah Alih oleh MasterCard.

Malaysia mencatat pertumbuhan 20 peratus daripada 25.4 peratus pada 2012 kepada 45.6 peratus pada 2014, kata syarikat teknologi dalam industri pembayaran global itu dalam satu kenyataan hari ini.

MasterCard berkata, satu daripada faktor penting menjana pertumbuhan itu ialah peningkatan rakyat Malaysia mengakses Internet melalui telefon mudah alih daripada 81.2 peratus pada 2012 kepada 94.6 peratus pada 2014.

“Rakyat Malaysia kini membeli-belah melalui telefon mudah alih mereka berikutan kewujudan aplikasi yang membuatkan mudah untuk beli-belah (46.2 peratus), keupayaan untuk beli-belah ketika mereka berada di mana sahaja (44.8 peratus) dan kemudahan menggunakan telefon mudah alih (42.4 peratus),” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA