Pembelian Sterling berbaloi, kata Pellegrini

Pembelian Sterling berbaloi, kata Pellegrini

MELBOURNE, 22 Julai – Pengurus Manuel Pellegrini berkata Raheem Sterling akan meraih faedah daripada bermain dengan para pemain teknikal dalam skuad Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sterling telah memberi pandangan sepintas lalu apa yang boleh dibawanya kepada juara Liga Perdana Inggeris 2014 dengan langkah hebat dan gandingan dengan bintang Sepanyol David Silva dalam tendangan penalti yang membawa kepada kemenangan ke atas AS Roma dari Itali di Melbourne semalam.

Sterling, pemain bola sepak Inggeris paling mahal dalam sejarah, hanya mengambil masa dua minit 17 saat untuk membuka akaun jaringan bagi kelab Inggeris yang berbelanja besar itu dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa di Melbourne Cricket Ground.

Itu adalah aksi pertama pemain London berusia 20 tahun kelahiran Jamiaca ini bagi Manchester City sejak berpindah dari Liverpool minggu lalu dalam perjanjian lima tahun dengan nilai awal 44 juta pound yang boleh meningkat kepada 49 juta pound.

Sterling hanya bermain pada separuh masa pertama tetapi dalam tempoh itu dia telah menunjukkan kepada Pellegrini mengapa dia akan menjadi pemerolehan cemerlang skuad semua bintangnya itu apabila musim baru bermula bulan depan.

Sterling mengawal bola ketika menentang AS Roma dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Melbourne Cricket Ground, Australia semalam. – Reuters
Sterling mengawal bola ketika menentang AS Roma dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Melbourne Cricket Ground, Australia semalam. – Reuters

“Adalah penting untuk menjaringkan gol, terutamanya awal dalam permainan dan dia hanya bermain 45 minit selepas beberapa hari bekerja dengan pasukan itu,” Pellegrini berkata selepas perlawanan semalam itu.

“Saya gembira dengan cara dia bermain. Dia telah memperlihatkan mengapa dia di sini, bukan hanya nilanya sebagai pemain, dia pemain paling muda, dengan itu saya berpendapat dia akan meningkat banyak pada masa hadapan, bermain dengan Yaya Toure, David Silva dan Sergio Aguero. Saya sangat gembira dengannya dan saya sangat gembira kami membelinya.”

Pellegrini amat kagum terutamanya dengan gandingan hebat Sterling dengan pemain tengah antarabangsa Sepanyol Silva dan bagaimana dia menyuntik langkah tambahan ke dalam serangan Citizen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA