Pembelot dijatuhi hukuman mati

Pembelot dijatuhi hukuman mati

KAHERAH, 19 Jun (AP) – Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhi hukuman mati ke atas enam orang, termasuklah dua kakitangan Al-Jazeera kerana didakwa menyerahkan dokumen berkaitan keselamatan negara kepada Qatar dan rangkaian televisyen yang beribu pejabat di Doha itu ketika pemerintahan Presiden Mohammed Morsi.

Morsi, defendan utama dan dua penolongnya telah dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana keanggotaannya dalam kumpulan yang kini telah diharamkan, iaitu Kumpulan Persaudaraan Islam, tetapi dibebaskan dari tuduhan mengintip, kesalahan besar.

Morsi dan setiausahanya, Amin el-Sirafy, setiap mereka dijatuhi hukuman tambahan iaitu 15 tahun penjara kerana membocorkan dokumen rasmi. Anak perempuan El-Sirafy, Karima, juga dijatuhi hukuman penjara 15 tahun atas dakwaan sama.

Morsi, pemimpin Mesir pertama yang dilantik secara bebas, disingkirkan oleh pihak ketenteraan pada bulan Julai 2013 dan telah pun dijatuhi hukuman mati dalam kes lain. Hukuman mati dan dua lagi hukuman – iaitu hukuman penjara seumur hidup dan 20 tahun penjara sedang dirayu.

Morsi memakai pakaian seragam merah semasa per-bicaraannya atas tuduhan pengintipan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam. – AFP
Morsi memakai pakaian seragam merah semasa per-bicaraannya atas tuduhan pengintipan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam. – AFP

Kumpulan Persaudaraan telah diharamkan dan diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas selepas penyingkirannya. Khalid Radwan, penerbit di saluran TV yang mempunyai kaitan dan kumpulan itu telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Kesemua keputusan perbicaraan semalam boleh dirayu. Dari 11 defendan dalam kes ini, tujuh orang termasuklah Morsi, berada dalam tahanan. Amnesty International menggesa hukuman mati segera di diketepikan dan semua tuduhan tidak munasabah ke atas para wartawan digugurkan.”

Dua kakitangan Al-Jazeera – yang dikenal pasti oleh hakim sebagai penerbit berita iaitu Alaa Omar Mohammed dan editor berita Ibrahim Mohammed Hilal – telah dijatuhi hukuman mati dalam ketiadaan mereka berserta dengan Asmaa al-Khateib, yang bekerja untuk Rasd, rangkaian media yang secara meluas disyaki mempunyai kaitan dengan parti Morsi, Kumpulan Persaudaraan Islam.

Al-Jazeera menyelar keputusan itu, dengan me-ngatakan kesemua itu adalah sebahagian dari kempen ‘tidak ada belas kasihan’ terhadap kebebasan bersuara, dan menggesa masyarakat antarabangsa menyokong para wartawan itu.